About Me

Friday, 28 March 2014

Tuesday, 6 December 2011

memory 2011.....25 april ,,,,,,

hari ahad 24 april pagi.......hsbdku tetiba saja demam dan sya dapati hujung ibu jari kaki kirinya terdapat luka sedikit sahaja mungkin luka sendiri...sebab sebelum itu tak terdapat luka disitu....pada hari ini juga anak sulungku terpaksa balik ke smesh menaiki unser ke kk......setelah saya dapati ada luka kat kaki itu saya pun memujuk hsbd agar pergi hospital untuk minta rawatan tapi hsbd berkeras tidak mahu pergi....katanya tiada apa-apa tu........kebetulan kereta saya viva pula weak betri dan tidak boleh berjalan manakala van hsbd pula penuh dengan barang yang belum diturunkan sebab hari sebelum ini kami telah mengambil barang dari flat untuk dibawa ke rumah kami di lavender.........saya pula terpaksa jalan kaki sampai ke hospital untuk mencari kereta tumpangan pergi ke pekan kudat bagi membeli air badak untuk hsbd minum bagi mengurangkan panas badannya.......disamping itu kebetulan pula hari ini ada perjumpaan penghuni2 lavender di rest house kudat........selepas dari sana saya terus saja bagi hsbd minum air badak disamping ubat panadol.....saya juga tak henti -henti  meletakkan ubat minyak gamat pada luka yang kecil saja dekat hujung ibu jari kaki kiri hsbd itu......saya juga berulang kali memujuk hsbd untuk pergi hospital tapi hsbd masih berkeras untuk tidak pergi.....sementara itu saya mengangkut dan mengeluarkan semua barangan yang terdapat dalam van....agar van boleh digunakan bila2 saja untuk membawa hsbd ke hospital....sepanjang hari ini saya tidak henti2 meletakkan ubat kat luka hsbd tersebut dan memberikan minuman air agar demamnya akan turun...........namun pada malamnya luka tersebut sudah semakin bengkak dan hampir dua jari kakinya sudah kelihatan merah iaitu ibujari dan jari telunjuk.....tapi hsbd masih berkeras tidak mahu ke hospital.....pada malam ini saya tidak dapat tidur kerana bimbangkan keadaan hsbd.....semakin lama semakin dua jarinya itu bengkak dan mengeluarkan sedikit darah dan kelihat hsbd semakin demam.....sepanjang masa sya memujuknya untuk ke hospital......akhirnya mungkin hsbd tidak dapat tahan lagi demamnya lagipun hsbd sudah mula meracau2 maka dia setuju sudah saya bawanya ke hospital lebih kurang pukul 2 tengah malam.....saya terpaksa tinggalkan anak2 saya tiga orang di rumah tahun3, tahun 1 dan 5 tahun sebab abangnya ada di kampung manakala kakaknya di smesh kk......saya bangunkan anak saya yang tahun 3 sebelum saya hantar hsbd ke hospital .............saya pimpin hsbd ke van di luar rumah dan malam itu juga saya terus hantarnya ke ruang kecemasan dan hsbd terus saja ditempatkan atas sebuah katil dan disambung dengan air....serta ubat antibiotik......saya hanya menunggu hsbd di tepi katil sampailah paginya.....

25 april 2011 (isnin)..............
pada hari ini saya tidak dapat pergi ke sekolah mengajar kerana tidak sampai hati meninggalkan hsbd dalam keadaan begitu lagipun hsbd tidak berdaya sudah jalan sendiri dan terpaksa naik kerusi roda....paginya kami diarah untuk pergi ke bilik x ray untuk xray kaki hsbd yang semakin bengkak dan kelihatan merah dan kehitam2an serta separuh kakinya sudah merah hitam dan bengkak......hsbd pun dipindahkan ke wad first class bagi rawatan selanjutnya.....setelah hsbd ditepatkan diwad tersebut dan hsbdpun sudah terlalu letih lalu tertidur atas katil maka saya meminta nurse untuk memerhati hsbd sekejap sebab saya terpaksa pergi ke kedai untuk membelikan makanan buat anak2 saya yang ada kat rumah.....selepas itu sayapun balik lagi melihat hsbd.....luka dan bengkak semakin bertambah dan darah akan keluar menitis-nitis daripada kaki hsbd tersebut.....saya sangat ngeri melihatnya....saya sentiasa menyabarkan hsbd atas segala ujian ini......hsbd semakin meracau mungkin kesan ubat yang sentiasa disuntik ataupun kesan daripada luka yang semakin membesar dan membengkak itu...........pada waktu malam hsbd semakin meracau hampir satu malam hsbd tidak tidur meracau dan menyuruh mengurut perlahan kakinya......saya tidak henti2 memohon doa kepada Allah agar diringankan kesakitan itu....

Friday, 25 November 2011

baru siap buat apam ice cream.......ok jugalh.

bahan-bahan

bahan A
250g gula kastor
1sm ovellette
3 biji telur

bahan B
300g tepung gandum / tepung naik sendiri
1st baking powder

bahan C
200ml air sprite/ ice cream soda

cara-cara

1. pukul A hingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gabu.
2. Masukkan bahan C
3. Bahagikan kepada 2 bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
4. Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
5. Kukus selama 10 minit

Wednesday, 2 November 2011

kek batik ringkas je

bahan

milo
margerin
2 biji telur
biskut marie
susu junjung
air

cara

gaul semua dalam kuali ats api dan padatkan dalam loyang...bolehlh potong

Monday, 31 October 2011

kek coklat kukus

bahan

2 cawan tepung rama-rama
1 cawan gula
1 cawan susu junjung
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan air panas

cara2

gaulkan semua bahan kering
masukkan bahan basah satu persatu
masukkan air masak dan gaul sampai sebati
kukus

Monday, 24 October 2011

ikan masak jeruk / cuka

Anggaran kuah satu liter air
bahan
ikan kembung 5-6 ekor digoreng
1/2  sudu teh serbuk rempah ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu biji sawi
2 bayang serai dipotong nipis
1 inci sebesar ibu jari halia dipotong panjang
1/2 inci kunyit hidup dipotong nipis bulat
3 biji bawang merah dipotong biasa ditumis
4 ulas bawang putih dipotong biasa ditumis
1 biji bawang besar dibelah empat
4 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih dikupas dan masukkan je dalam kuah  bersama dengan lada hijau 3 biji serta lada melaka yg besar 4 biji..
gula,cuka ,garam , ajinomoto secukup rasa.

cara-cara

-panaskan 3 atau 4 sudu minyak, tumiskan bahan yang telah dipotong bersama dengan serbuk jintan2 tadi sehingga berbau wangi. Masukkan air 1 liter. kemudian masukkan semua bawang yang tidak dipotong dan tidak ditumis bersama lada. masukkan biji sawi,cuka,dan bahan2 perasa .akhirnya masukkan ikan yang telah digoreng ,biarkan mendidih serta hidangkan..

kelebihan masakan ini

boleh bertahan selama 1-2-,3  hari
semakin masam semakin tahan lama.........alamak hipotesis ppula..hehe
kalau tada serbuk kayu manis bleh juga guna yang batang


selamat mencuba anak2 ummi.....dr abah...

Thursday, 13 October 2011

resepi kuih kosui (sedap pula tadi makan kt pkg kursus pedagogi sns t.1)

kuih kosui

Bahan
Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
6 cawan air
sedikit kapur....

cara-cara

masak gula bersama air sehingga gula itu hancur. Campurkan kesemua bahan dalam air gula tadi dan kacau sebati. Kemudian kacau atas api sehingga naik wap.
kukus sehingga 20 minit ..sejukan ...potong sedia untuk digaul bersama kelapa parut..