About Me

Monday, 31 October 2011

kek coklat kukus

bahan

2 cawan tepung rama-rama
1 cawan gula
1 cawan susu junjung
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan air panas

cara2

gaulkan semua bahan kering
masukkan bahan basah satu persatu
masukkan air masak dan gaul sampai sebati
kukus

Monday, 24 October 2011

ikan masak jeruk / cuka

Anggaran kuah satu liter air
bahan
ikan kembung 5-6 ekor digoreng
1/2  sudu teh serbuk rempah ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu biji sawi
2 bayang serai dipotong nipis
1 inci sebesar ibu jari halia dipotong panjang
1/2 inci kunyit hidup dipotong nipis bulat
3 biji bawang merah dipotong biasa ditumis
4 ulas bawang putih dipotong biasa ditumis
1 biji bawang besar dibelah empat
4 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih dikupas dan masukkan je dalam kuah  bersama dengan lada hijau 3 biji serta lada melaka yg besar 4 biji..
gula,cuka ,garam , ajinomoto secukup rasa.

cara-cara

-panaskan 3 atau 4 sudu minyak, tumiskan bahan yang telah dipotong bersama dengan serbuk jintan2 tadi sehingga berbau wangi. Masukkan air 1 liter. kemudian masukkan semua bawang yang tidak dipotong dan tidak ditumis bersama lada. masukkan biji sawi,cuka,dan bahan2 perasa .akhirnya masukkan ikan yang telah digoreng ,biarkan mendidih serta hidangkan..

kelebihan masakan ini

boleh bertahan selama 1-2-,3  hari
semakin masam semakin tahan lama.........alamak hipotesis ppula..hehe
kalau tada serbuk kayu manis bleh juga guna yang batang


selamat mencuba anak2 ummi.....dr abah...

Thursday, 13 October 2011

resepi kuih kosui (sedap pula tadi makan kt pkg kursus pedagogi sns t.1)

kuih kosui

Bahan
Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
6 cawan air
sedikit kapur....

cara-cara

masak gula bersama air sehingga gula itu hancur. Campurkan kesemua bahan dalam air gula tadi dan kacau sebati. Kemudian kacau atas api sehingga naik wap.
kukus sehingga 20 minit ..sejukan ...potong sedia untuk digaul bersama kelapa parut..

Thursday, 6 October 2011

airport kk

hari ini saya bertemu dengan ust Jalidar seorang ust yang banyak berjasa kepada pelajar idip semasa kami belajar kt idip...merupakan pengurus kewangan ,penghantaran dan kebajikan kami sepanjang di idip...saya sebelum ini tidak berkesempatan bersembang dengan ust itu....tapi hari ini saya puas bersembang dengan ust...kt airport kk...syukur akhirnya saya berpeluang juga bersembang dengan ust itu.....terutama saya teringin mengucapkan terima kasih atas segala jasa ust itu...yang tidak pernah saya lupakan...antara kata-kata hikmah ust yang telah diberikan pada saya ialah   "PEMENANG KEHIDUPAN" adalah orang yang tetap SEJUK di tempat yang PANAS. yang tetap manis di tempat yang begitu PAHIT. yang tetap merasa KECIL meski telah menjadi BESAR. Dan tetap TENANG dengan badai yang HEBAT. serta tetap mengandalkan ALLAH dalam segala urusan......terima kasih ust....dengan kata-kata hikmah yang telah dikirimkan ini...semoga berjumpa lagi....

no.tel ust.Jalidar ''''0168389580....

Wednesday, 5 October 2011

8hb okt....ujian akhir semester utk dan 29.30hb okt peperiksaan semester pertama.....semoga berjaya..amin..mata n kepala pening betul apabila membaca....mungkin mata semakin kapur...saya mungkin perlu sudah pakai spectacles..memangpun dah disuruh doktor ...tapi..