About Me

Tuesday 6 December 2011

memory 2011.....25 april ,,,,,,

hari ahad 24 april pagi.......hsbdku tetiba saja demam dan sya dapati hujung ibu jari kaki kirinya terdapat luka sedikit sahaja mungkin luka sendiri...sebab sebelum itu tak terdapat luka disitu....pada hari ini juga anak sulungku terpaksa balik ke smesh menaiki unser ke kk......setelah saya dapati ada luka kat kaki itu saya pun memujuk hsbd agar pergi hospital untuk minta rawatan tapi hsbd berkeras tidak mahu pergi....katanya tiada apa-apa tu........kebetulan kereta saya viva pula weak betri dan tidak boleh berjalan manakala van hsbd pula penuh dengan barang yang belum diturunkan sebab hari sebelum ini kami telah mengambil barang dari flat untuk dibawa ke rumah kami di lavender.........saya pula terpaksa jalan kaki sampai ke hospital untuk mencari kereta tumpangan pergi ke pekan kudat bagi membeli air badak untuk hsbd minum bagi mengurangkan panas badannya.......disamping itu kebetulan pula hari ini ada perjumpaan penghuni2 lavender di rest house kudat........selepas dari sana saya terus saja bagi hsbd minum air badak disamping ubat panadol.....saya juga tak henti -henti  meletakkan ubat minyak gamat pada luka yang kecil saja dekat hujung ibu jari kaki kiri hsbd itu......saya juga berulang kali memujuk hsbd untuk pergi hospital tapi hsbd masih berkeras untuk tidak pergi.....sementara itu saya mengangkut dan mengeluarkan semua barangan yang terdapat dalam van....agar van boleh digunakan bila2 saja untuk membawa hsbd ke hospital....sepanjang hari ini saya tidak henti2 meletakkan ubat kat luka hsbd tersebut dan memberikan minuman air agar demamnya akan turun...........namun pada malamnya luka tersebut sudah semakin bengkak dan hampir dua jari kakinya sudah kelihatan merah iaitu ibujari dan jari telunjuk.....tapi hsbd masih berkeras tidak mahu ke hospital.....pada malam ini saya tidak dapat tidur kerana bimbangkan keadaan hsbd.....semakin lama semakin dua jarinya itu bengkak dan mengeluarkan sedikit darah dan kelihat hsbd semakin demam.....sepanjang masa sya memujuknya untuk ke hospital......akhirnya mungkin hsbd tidak dapat tahan lagi demamnya lagipun hsbd sudah mula meracau2 maka dia setuju sudah saya bawanya ke hospital lebih kurang pukul 2 tengah malam.....saya terpaksa tinggalkan anak2 saya tiga orang di rumah tahun3, tahun 1 dan 5 tahun sebab abangnya ada di kampung manakala kakaknya di smesh kk......saya bangunkan anak saya yang tahun 3 sebelum saya hantar hsbd ke hospital .............saya pimpin hsbd ke van di luar rumah dan malam itu juga saya terus hantarnya ke ruang kecemasan dan hsbd terus saja ditempatkan atas sebuah katil dan disambung dengan air....serta ubat antibiotik......saya hanya menunggu hsbd di tepi katil sampailah paginya.....

25 april 2011 (isnin)..............
pada hari ini saya tidak dapat pergi ke sekolah mengajar kerana tidak sampai hati meninggalkan hsbd dalam keadaan begitu lagipun hsbd tidak berdaya sudah jalan sendiri dan terpaksa naik kerusi roda....paginya kami diarah untuk pergi ke bilik x ray untuk xray kaki hsbd yang semakin bengkak dan kelihatan merah dan kehitam2an serta separuh kakinya sudah merah hitam dan bengkak......hsbd pun dipindahkan ke wad first class bagi rawatan selanjutnya.....setelah hsbd ditepatkan diwad tersebut dan hsbdpun sudah terlalu letih lalu tertidur atas katil maka saya meminta nurse untuk memerhati hsbd sekejap sebab saya terpaksa pergi ke kedai untuk membelikan makanan buat anak2 saya yang ada kat rumah.....selepas itu sayapun balik lagi melihat hsbd.....luka dan bengkak semakin bertambah dan darah akan keluar menitis-nitis daripada kaki hsbd tersebut.....saya sangat ngeri melihatnya....saya sentiasa menyabarkan hsbd atas segala ujian ini......hsbd semakin meracau mungkin kesan ubat yang sentiasa disuntik ataupun kesan daripada luka yang semakin membesar dan membengkak itu...........pada waktu malam hsbd semakin meracau hampir satu malam hsbd tidak tidur meracau dan menyuruh mengurut perlahan kakinya......saya tidak henti2 memohon doa kepada Allah agar diringankan kesakitan itu....

Friday 25 November 2011

baru siap buat apam ice cream.......ok jugalh.

bahan-bahan

bahan A
250g gula kastor
1sm ovellette
3 biji telur

bahan B
300g tepung gandum / tepung naik sendiri
1st baking powder

bahan C
200ml air sprite/ ice cream soda

cara-cara

1. pukul A hingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gabu.
2. Masukkan bahan C
3. Bahagikan kepada 2 bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
4. Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
5. Kukus selama 10 minit

Wednesday 2 November 2011

kek batik ringkas je

bahan

milo
margerin
2 biji telur
biskut marie
susu junjung
air

cara

gaul semua dalam kuali ats api dan padatkan dalam loyang...bolehlh potong

Monday 31 October 2011

kek coklat kukus

bahan

2 cawan tepung rama-rama
1 cawan gula
1 cawan susu junjung
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 cawan air panas

cara2

gaulkan semua bahan kering
masukkan bahan basah satu persatu
masukkan air masak dan gaul sampai sebati
kukus

Monday 24 October 2011

ikan masak jeruk / cuka

Anggaran kuah satu liter air
bahan
ikan kembung 5-6 ekor digoreng
1/2  sudu teh serbuk rempah ketumbar
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu biji sawi
2 bayang serai dipotong nipis
1 inci sebesar ibu jari halia dipotong panjang
1/2 inci kunyit hidup dipotong nipis bulat
3 biji bawang merah dipotong biasa ditumis
4 ulas bawang putih dipotong biasa ditumis
1 biji bawang besar dibelah empat
4 biji bawang merah dan 4 ulas bawang putih dikupas dan masukkan je dalam kuah  bersama dengan lada hijau 3 biji serta lada melaka yg besar 4 biji..
gula,cuka ,garam , ajinomoto secukup rasa.

cara-cara

-panaskan 3 atau 4 sudu minyak, tumiskan bahan yang telah dipotong bersama dengan serbuk jintan2 tadi sehingga berbau wangi. Masukkan air 1 liter. kemudian masukkan semua bawang yang tidak dipotong dan tidak ditumis bersama lada. masukkan biji sawi,cuka,dan bahan2 perasa .akhirnya masukkan ikan yang telah digoreng ,biarkan mendidih serta hidangkan..

kelebihan masakan ini

boleh bertahan selama 1-2-,3  hari
semakin masam semakin tahan lama.........alamak hipotesis ppula..hehe
kalau tada serbuk kayu manis bleh juga guna yang batang


selamat mencuba anak2 ummi.....dr abah...

Thursday 13 October 2011

resepi kuih kosui (sedap pula tadi makan kt pkg kursus pedagogi sns t.1)

kuih kosui

Bahan
Bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
6 cawan air
sedikit kapur....

cara-cara

masak gula bersama air sehingga gula itu hancur. Campurkan kesemua bahan dalam air gula tadi dan kacau sebati. Kemudian kacau atas api sehingga naik wap.
kukus sehingga 20 minit ..sejukan ...potong sedia untuk digaul bersama kelapa parut..

Thursday 6 October 2011

airport kk

hari ini saya bertemu dengan ust Jalidar seorang ust yang banyak berjasa kepada pelajar idip semasa kami belajar kt idip...merupakan pengurus kewangan ,penghantaran dan kebajikan kami sepanjang di idip...saya sebelum ini tidak berkesempatan bersembang dengan ust itu....tapi hari ini saya puas bersembang dengan ust...kt airport kk...syukur akhirnya saya berpeluang juga bersembang dengan ust itu.....terutama saya teringin mengucapkan terima kasih atas segala jasa ust itu...yang tidak pernah saya lupakan...antara kata-kata hikmah ust yang telah diberikan pada saya ialah   "PEMENANG KEHIDUPAN" adalah orang yang tetap SEJUK di tempat yang PANAS. yang tetap manis di tempat yang begitu PAHIT. yang tetap merasa KECIL meski telah menjadi BESAR. Dan tetap TENANG dengan badai yang HEBAT. serta tetap mengandalkan ALLAH dalam segala urusan......terima kasih ust....dengan kata-kata hikmah yang telah dikirimkan ini...semoga berjumpa lagi....

no.tel ust.Jalidar ''''0168389580....

Wednesday 5 October 2011

8hb okt....ujian akhir semester utk dan 29.30hb okt peperiksaan semester pertama.....semoga berjaya..amin..mata n kepala pening betul apabila membaca....mungkin mata semakin kapur...saya mungkin perlu sudah pakai spectacles..memangpun dah disuruh doktor ...tapi..

Thursday 29 September 2011

pagi ini...

memandangkan my hsbd dah sempurnakan posa enamnya maka saya merayu agar ia tak berposa sunat untuk hari ini ...saya amat risau tentang kesihatannya.....namun dia menyatakan " kenapa kau tidak yakin dengan janji Allah tentang puasa boleh menyembuhkan penyakit "....maka saya amat terpukul dengan kata-kata itu ...terdiam saya seketika...saya kalah lagi...oleh itu saya mungkin tidak perlu lagi untuk merayu agar melarangnya dari berpuasa...........semoga tindakan ku itu betul...saya suka dikalahkan dengan kata-kata yang begitu....agar saya boleh menerima alasan yang sangat tepat...

Tuesday 13 September 2011

debaran upsr

debaran , debaran esok ujian upsr science...semoga semua murid dapat menjawap soalan dengan baik....bantulah mereka ya Allah....

Friday 2 September 2011

apa yang ada.....................

ketahuilah diri yang selalu lupa n lalai...............apa yang ada dahulu , sekarang dan akan datang adalah milik Allah semata-mata...............namun masih ada yang merasa bongkak , bangga dengan apa yang ada...........masih merasa semua adalah milik mutlaknya...........segalanya adalah pinjaman Allah semata-mata....jika kita telah meminjam sesuatu barang daripada orang lain...apakah yang patut kita lakukan.....begitulah juga dengan segala pinjaman yang Allah telah adakan.......apakah yang perlu kita lakukan dengan apa yang ada pada kita....fikirkan wahai diri yang selalu lalai dan alfa dengan dunia serta isinya yang sementara ini......kita selalu bertungkus lumus untuk mendapatkan apa yang sementara saja,,,namun berapa percent kah usaha kita untuk mendapatkan yang kekal abadi...sedarlah wahai diri ini....janganlah terlalu melakukan perkara yang sia-sia.....kelak tersungkur dan jatuh hina dalam pandangan Allah........Ya Allah berikanlah hambapun ini kekuatan dalam menjalankan kehidupan agar sentiasa mendapat keredhaanmu dan ampunkanlah segala salah silap hambamuni. serta tempatkanlah hambamu ini di kalangan orang-orang yanag beriman begitulah juga dengan semua keturunan hamba mu ini.,peliharalah meraka daripada fitnah dunia.....Amin....

rasa-rasa.....individu

saya merasakan guru lebih risau tentang persediaan pelajar dalam meghadapi peperiksaan berbanding murid itu sendiri yang mana sentiasa merasa happy........sehingga saya amat sedih melihat kurangnya keseriusan semua pelajar yang akan menghadapi upsr dalam beberapa detik lagi.....kenapa berlaku demikian?...adakah guru kurang memberikan kesedaran , kurang memberikan motivasi , kurang memberikan ilmu , tapi yang pastinya ia amat menimbulkan kerisauan di kalangan guru...semakin dekat masa exam semakin saya merasakan longgarnya komitmen pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapinya.........adakah kerisauan itu hanya dimiliki oleh guru,,,,,atau ada juga segelintir pelajar yang merasakannya......tapi hati ini amat yakin kerisauan murid tidak sehebat kerisauan seorang guru untuk mengharapkan kejayaan pelajarnya agar tercapai dengan baik.....saya selalu menyatakan kepada pelajar ...saya tak pernah mengharapkan hadiah daripada mereka namun kejayaan mereka itulah hadiah yang sebenar-benarnya........keseriusan kurang dikalangan pelajar kurang memandangkan kebanyakkan pelajar tidak serius dalam kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru, ................alangkah baiknya jika memiliki murid yang sangat fokus dan memahami hasrat seorang guru........kekadang guru terpaksa melakukan beberapa pengorbanan semata-mata untuk memberi komitmen yang tinggi untuk muridnya umpamanya terpaksa tidak menghantar anak ke sekolah agama pada waktu petang kerana masa kelas tambahan berlanggar dengan masa untuk menghantar anak ke sekolah itu.......namun sejauh mana pelajar memahami pengorbanan itu........tapi saya yakin segalanya tidak sia-sia disisi Allah.......lakukan yang terbaik untuk semua.....

luahan rasa

tahun 2011.......telah menberikan tanggungjawab yang sangat besar memerlukan komitment yang tinggi pada diri ini..........betapa sukarnya menyeimbangkan tanggungjawab antara guru , ibu , isteri dan seorang pelajar...hanya yang pernah mengalaminya saja yang mampu memahaminya.....segala-galanya ujian bagi ku....dalam masa yang sama diuji pula dengan jatuhnya kesihatan suami...sehingga kehilangan salah satu ang..........nya.....sebagai guru pula perlu menyelesaikan tugas yang sangat banyak di mana menjadi panatia sains, menjadi guru kelas serta menjadi guru sains tahun enam sebanyak 116 orang murid ...............segalanya betul-betul menguji diri.....sungguh sukar untuk melakukan semua tugasan dengan baik....walaupun saya amat meminati tugas yang memerlukan komitmen yang tinggi namun ianya...sangat sukar untuk dilakukan dengan terbaik jika dalam masa yang sama anggota keluarga lain sukar untuk memberikan support dalam beberapa hal yang sepatutnya perlu dilakukan bersama......selain itu , menjadi guru tahun enam memberikan banyak tekanan kepada guru kerana kita perlu memberikan usaha yang tinggi agar prestasi  murid yang bakal menghadapi upsr tidak jatuh.....hanya Allah saja tempat ku meminta pertolongan agar segalanya berjalan dengan lancar dan memperoleh prestasi yang baik...Ya Allah bantulah saya dalam melaksanakan segala tugasan dengan baik....amin........amin.......amin.....

Thursday 1 September 2011

dalil perbezaan....

1. surah al baqarah ayat 216 bermaksud  boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal iya amat baik bagimu,  dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal iya amat buruk bagimu. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui...........sesungguhnya pengetahuan Allah itu neliputi segalanya dan tiada berdaya  ilmu manusia untuk mempersoalkan ketetapannya.
2. Surah alhujurat ayat 13 bermaksud....Wahai manusia ! kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada  lelaki dan perempuan , kami jadikan kamu berpuak-puak, berkabilah, berbnagsa-bangsa supaya kamu boleh berkenalan di antara satu dengan yang lain. Dan sesungguhnya , Yang paling mulia di antara kamu di  sisiKu ialah yang paling bertakwa.
3. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Perbezaan pendapat di kalangan umat islam ialah satu rahmat

Sunday 28 August 2011

perspektif saya

perbezaan di dunia..............semuanya ada perbezaan bukan hanya dari sudut kepercayaan,kebudayaan, pemikiran, dari segi fizikal pula iaitu rupa paras, ketinggian, suara, suku kaum, cap jari..............semua pasti mengakuinya.......namun cari persamaan yang pasti anda temui jika berusaha ...umpamanya dari segi tatasusila, penghormatan, naluri semulajadi, keperluan, dll,,,,,,,utk kebaikkan semua sebab semua orang ingin memiliki kebaikkan itu...........namun tidak dapat menemuinya jika.....usaha untuk mencari persamaan dan memahaminya  kurang.........lebih kepada kepentingan diri.............

Saturday 27 August 2011

tutorial titas

Melahirkan generasi baru Jurutera yang tahu menghasilkan pelan rumah yang kiblatnya tidak menghadap tandas ....rata-rata rumah yang dibina sekarang sentiasa menghadap tandas...fikir-fikirkan....siapakah yang bertanggungjawab...
siapa yang perlu dipersalahkan????
konflik tamadun...

Ramadhan

Kadang kala terasa panas
kadang kala terasa suam
masa pula perlahan merangka
susah la macam ni

Makanan belum tersedia
Nak berbuka sudah n
sungkai-sungkai juga
ramai pulak tumang sekaki
tapi duit mak oii susah